AKTIVITI SPBT TAHUN 2017

PERSEDIAAN BUKU BARU BEKALAN 2017


MENGECOP BUKU BARU




Murid-murid Tahun 2016 beratur dengan kemas ke kelas masing-masing untuk mengambil buku teks gunaan Tahun 2017






















Guru kelas menjelaskan peraturan penggunaan buku teks



























Pemeriksaan buku teks pinjaman 



Murid-murid memeriksa buku yang diambil



Murid-murid menulis nama dan menyalin no perolehan di dalam Borang G Persendirian



Murid Tahun 6 menolong guru untuk memeriksaan setiap buku yang dipinjam telah dituliskan namanya




PEMANTAUAN SPBT


PEMANTAUAN DARI PPD







PEMANTAUAN DARI KPM






WAJAH BARU BOSS TAHUN 2016












WAJAH LAMA BOSS






MOTO SPBT

MOTTO


BUKU TEKS SUMBER ILMU UTAMA

OBJEKTIF SPBT

OBJEKTIF

·       Semua murid mendapat buku teks yang elok, tidak rosak dan mencukupi.
·       Meningkatkan kualiti dan mutu pengajaran dan pembelajaran.
·       Menjadikan buku teks SPBT sumber ilmu utama.
·       Memperkasakan pengurusan unit, pengagihan dan pengambilan buku teks.

·       Menguruskan sistem fail dan buku stok dengan cemerlang dan bersistematik.

MISI SPBT

MISI

·       Unit SPBT SJK (c) Yuk Choi Sandakan berusaha untuk memastikan semua murid mendapat buku teks yang mencukupi dan dalam keadaan yang baik mengikut prosedur yang betul melalui proses pinjaman dan pengurusan yang berkualiti.
·       Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan pelupusan buku teks dengan cekap dan sistematik.
·       Menyediakan prasarana BOSS yang lengkap, selamat, bersih dan ceria.
·       Merancang dan mengatur aktiviti yang memartabatkan buku teks dan mengelola BOSS agar berinformasi terkini.

VISI SPBT

VISI


Menjadikan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) SJK (c)Yuk Choi Sandakan sebagai pusat carian maklumat, pengurusan cemerlang dan menjadikan buku teks sebagai sumber ilmu bermutu yang utama bagi warga SJK (c) Yuk Choi Sandakan.

TANGGUNGJAWAB GURU SPBT

TANGGUNGJAWAB-TANGGUNGJAWAB
GURU SPBT

1.   Menjadi Setiausaha kepada AJK kelayakan murid, AJK Lembaga Pemeriksa Pelupusan buku teks sekolah.
2.   Mengurus bilik BOSS.
3.   Merancang dan mengurus baik pulih buku teks.
4.   Mengedar, mengumpul dan menyemak borang SPBT G dan borang persendirian.
5.   Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks.
6.   Mengurus dan mengemaskini semua fail dan buku stok.
7.   Menjadi Penasihat Kelab  SPBT sekolah.
8.   Menerima dan menyemak bekalan buku teks dan tandatangan Nota Serah.
9.   Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan buku teks.
10. Membuat permohonan keperluan buku teks SPBT.
11. Merancang dan mengurus baik pulih buku teks.
12. Menyediakan data enrolmen murid dan murid layak.
13. Melaporkan kepada Guru Besar ataupun GPK HEM masalah berkaitan buku teks.
14. Menyelaras pengisian borang SPBT G.
15. Menguruskan pelupusan buku teks.
16. Guru SPBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa setiap bulan dan berkuasa untuk mencatatkan nama ke dalam Fail Disiplin Kelas masing-masing jika amaran kali ketiga diberikan.
17. Menguruskan gantian buku teks yang hilang/dirosakkan.


18. Memastikan buku SPBT dicop dengan cop SPBT dan dicatat nombor perolehan dan tarikh penerimaan buku.

PERATURAN PENGGUNAAN BUKU TEKS

PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT

1.               Menjaga dan menyayangi buku teks SPBT.
2.               Menulis nama, tahun dan darjah dalam ruangan yang disediakan pada kulit dalam buku teks.
3.               Wajib membalut buku menggunakan plastic lutsinar sahaja.
4.               Tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas, almari, bawah meja, kantin atau di tempat awam lain. 
5.               Dilarang menconteng atau mengoyakkan muka surat buku kecuali buku aktiviti.
6.               Tidak menghilangkan buku teks yang dipinjamkan oleh Unit SPBT. Kehilangan buku perlu menggantikannya dengan membelikan buku yang baru.
7.               Semasa pemulangan buku, nombor perolehan buku mestilah sama dengan nombor perolehan yang disi dalam borang penerimaan peminjaman buku.

8.               Memulangkan buku teks yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.  Murid yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun mesti membelikan buku yang baru untuk sekolah. 

PERATURAN PENGGUNAAN BOSS

PERATURAN PENGGUNAAN BOSS

1.         Hanya guru-guru dan pengawas SPBT dibenarkan menggunakan BOSS dan kemudahan yang disediakan.
2.         Pastikan suis lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan BOSS.
3.         Kemas dan sapu sebelum beredar pada akhir waktu penggunaan.
4.         Letak semula alat tulis, fail dan lain-lain peralatan yang telah digunakan di tempat asal.
5.         Dilarang membuat bising atau berbual-bual kosong tanpa membuat kerja-kerja BOSS atau mengulangkaji.

6.         Dilarang mengambil buku-buku SPBT tanpa kebenaran daripada Guru SPBT.

TAKWIM UNIT SPBT

SJK(C) YUK CHOI, SANDAKAN
TAKWIM UNIT SPBT TAHUN 2017



Bulan
Tarikh
Hari
Aktiviti-aktiviti
Tindakan
Disember
29/12/16
Khamis
Mesyuarat HEM Bil 1 2017
PK HEM
Januari
4/01/17
Rabu
Menyerahkan pelan-pelan, minit mesyuarat Bil 1, carta organisasi dan takwim unit SPBT kepada PK HEM
Guru SPBT
4/01/17
Rabu
Mengagihkan buku teks kepada murid yang belum mendapat buku
Guru Kelas
9/01/17
Isnin
Mengadakan “spot check” bagi setiap kelas dan mengemaskinikan buku stok SPBT
Guru SPBT
9/01/17
Isnin
Menyediakan senarai nama murid yang layak meminjam buku bagi SPBT 2017
Guru SPBT
Februari


Spotcheck buku SPBT dari semasa ke semasa
Guru SPBT
Mac


Membuat penyemakan stok buku yang lebih atau kurang
Guru SPBT
Spotcheck buku SPBT dari semasa ke semasa
Guru SPBT
April


Membuat penghapuskiraan buku lama dan buku rosak
Guru SPBT
Spotcheck buku SPBT dari semasa ke semasa
Guru SPBT
Mei
15/05/17
Isnin
Mesyuarat HEM Bil 2 2017
PK HEM
15/05/17
Isnin
Membuat peringatan kepada guru untuk membahagikan buku teks atau buku aktiviti Jilid 2 kepada murid
Guru SPBT
Spotcheck buku SPBT dari semasa ke semasa
Guru SPBT
Jun


Spotcheck buku SPBT dari semasa ke semasa
Guru SPBT
Julai


Menerima bekalan buku teks daripada penerbit atau pengedar untuk kegunaan sesi persekolahan tahun 2018
Guru SPBT
Spotcheck buku SPBT dari semasa ke semasa
Guru SPBT
Ogos


Menerima bekalan buku teks daripada penerbit atau pengedar untuk kegunaan sesi persekolahan tahun 2018
Guru SPBT
Spotcheck buku SPBT dari semasa ke semasa
Guru SPBT
September
04/09/17
Isnin
Mesyuarat HEM Bil 3 2017
PK HEM
Menerima bekalan buku teks daripada penerbit atau pengedar untuk kegunaan sesi persekolahan tahun 2018
Guru SPBT
Spotcheck buku SPBT dari semasa ke semasa
Guru SPBT
Oktober


Menerima bekalan buku teks daripada penerbit atau pengedar untuk kegunaan sesi persekolahan tahun 2018
Guru SPBT
Spotcheck buku SPBT dari semasa ke semasa
Guru SPBT
Menerima/mencetak Borang SPBT 1
Guru SPBT
November
6/11/17
Isnin
Mesyuarat HEM Bil 4 2017
PK HEM
15/11/17
Rabu
Pengutipan buku SPBT Tahun 2017
Guru Kelas
22/11/17
Rabu
Mengagihkan buku teks kepada murid untuk memenuhi keperluan semasa di sekolah untuk Tahun 2018
Guru Kelas
22/11/17
Rabu
Mengedar Borang SPBT Persendirian kepada murid dan mengutip balik borang pada keesokan hari ataupun tahun depan
Guru Kelas
Desember
31/12/17
Ahad
Menutup buku stok SPBT
Guru SPBT

            Semua aktiviti yang dirancang adalah tertakluk kepada perubahan.